Berita
Program Walkabout YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Bersempena Program Khidmat Komuniti Bersama UPNM Dan JAKOA Dengan Kerjasama Pejabat Parlimen Bera
BERA, 20 NOVEMBER 2021 - Program Walkabout YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Bersempena Program Khidmat Komuniti Bersama UPNM dan JAKOA telah diadakan pada 20 November 2021 jam 3.30 petang di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Rok, Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia telah disambut oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang dan YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi program ini adalah YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan YBhg. Dato' Prof Dr. Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.
Program ini merupakan anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bera dan Pejabat Parlimen Bera.
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia dan beliau berkesempatan berkunjung ke setiap booth yang dikendalikan oleh para pelajar UPNM.
Program ini telah berakhir sekitar jam 5.00 petang.
Kembali ke Atas