Berita
SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN VAKSINASI COVID-19 DI NEGERI PAHANG OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN DAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
BERA, 4 September 2021 – Sidang Media Perkembangan Vaksinasi COVID-19 di Negeri Pahang Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman telah diadakan pada 4 September 2021 jam 11.00 pagi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.
YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman telah menyampaikan beberapa maklumat berkaitan perkembangan vaksinasi COVID-19 di Negeri Pahang antaranya Jumlah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera bagi Negeri Pahang, Peratusan Vaksinasi, Jumlah Penerima Vaksin Dos 1, Jumlah Penerima Lengkap 2 Dos Vaksin, Peratus yang Belum Menerima Vaksinasi, dan Langkah Kerajaan Negeri Pahang untuk Mencapai Imuniti Kelompok.
Sidang media ini turut dihadiri oleh Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dan wakil Pegawai Kesihatan Daerah Bera.
Kembali ke Atas