Berita

Sidang Media Situasi Terkini Kluster Jalan Warga Emas Daerah Bera

editor

BERA, 16 Mac 2021 - Sidang Media Situasi Terkini Kluster Jalan Warga Emas Daerah Bera bersama YB Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang telah berlangsung pada 16 Mac 2021 jam 10.30 pagi bertempat di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Bera.

Sidang media ini diadakan bagi menyalurkan maklumat perkembangan berkaitan situasi terkini Kluster Jalan Warga Emas Daerah Bera berikutan terdapat 5 kes positif Covid-19 di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Triang, Bera.

Kesemua 5 kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala baki penghuni telah diberikan perintah HSO di rumah kebajikan ini bagi tujuan pemantauan.
Sidang media ini turut dihadiri oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Encik Zulkhairi bin Zainol Abidin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Bera, dan wakil Ketua Polis Daerah Bera.

Sidang media ini telah berlangsung mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 11.45 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 125 kali.


Kembali ke Atas