Berita

Taklimat Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Penjawat Awam Daerah Bera

editor

BERA ,  27 April 2021- Taklimat Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Penjawat Awam Daerah Bera telah berlangsung pada 27 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters IPD Bera.

Taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan berkaitan vaksin COVID-19 kepada penjawat awam yang tidak bersetuju menerima vaksin pada Fasa 1 yang merupakan barisan hadapan.

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Azulaikha binti Alias, Pegawai Penyelaras Vaksinasi COVID-19, Pejabat Kesihatan Daerah Bera.

Peserta taklimat terdiri daripada kakitangan PDRM Bera, Majlis Daerah Bera, JKR Daerah Bera, JKM Daerah Bera, Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bomba dan Penyelamat Daerah Bera dan APM Daerah Bera.

Taklimat telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 153 kali.


Kembali ke Atas