Berita
Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera
BERA, 27 NOVEMBER 2020 - Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera telah berlangsung pada 26 November 2020 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bera bersama-sama komuniti di daerah Bera dalam menghadapi bencana banjir yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, pemimpin tempatan dan pihak NGO.
Perasmian taklimat ini telah disempurnakan oleh Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera yang mewakili Pegawai Daerah Bera selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bera.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada beberapa Jawatankuasa dalam Pengurusan Bencana Daerah iaitu Taklimat Jawatankuasa Keselamatan (PDRM), Jawatankuasa Teknikal dan Pakar (JPS), Jawatankuasa Sumber Manusia (PDT), Jawatankuasa Mencari dan Menyelamat (JBPM), Jawatankuasa Kesihatan dan Perubatan (PKD), Jawatankuasa Kebajikan (JKM), dan Jawatankuasa Perkhidmatan Penting- Komunikasi (KERAB).
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, SSAP., DIMP., ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Taklimat ini telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir sekitar jam 1.30 tengahari.
Kembali ke Atas