Berita

Taklimat Petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Fasa 2 Peringkat Daerah Bera

editor

BERA,  27 April 2021- Taklimat Petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Fasa 2 Peringkat Daerah Bera telah berlangsung pada 27 April 2021 jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters IPD Bera.

Taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan berkaitan peranan dan tugas kakitangan serta para sukarelawan yang akan bertugas di PPV bermula pada 4 Mei 2021.

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Viknaswaran Kumaran, MOIC Klinik Kesihatan Padang Luas.

Peserta taklimat terdiri daripada kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Bera, JKM Daerah Bera, Sukarelawan MyVAC daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera serta Sukarelawan daripada Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP).

Taklimat telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 296 kali.


Kembali ke Atas