Berita

Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan) ke (PKOB) Daerah Bera dan (PPS) mangsa banjir di Daerah Bera.
14 Jan 2021
BERA, 12 JANUARI 2021 – Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato' Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Bera dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera pada 12 Januari 2021 jam 12.30 tengahari.

Lawatan Menteri Kanan Pertahanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Di Daerah Bera
10 Jan 2021
BERA, 9 JANUARI 2021 - Lawatan Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera telah berlangsung pada 9 Januari 2021 jam 11.30 pagi bermula dari PPS Bukit Gemuruh. Kemudian YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS di Batu Bor dan PPS Masjid Kuala Bera dengan menaiki bot. YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS SK Kerayong, SK Kerayong Jaya dan SMK Bandar Kerayong.

Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera
01 Dec 2020
BERA, 27 NOVEMBER 2020 - Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera telah berlangsung pada 26 November 2020 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.

Mesyuarat Lembaga Tatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pelaksana (No.2) Pejabat Daerah dan Tanah Bera bil 1/2020
30 Nov 2020
BERA, 27 NOVEMBER 2020 - Mesyuarat Lembaga Tatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pelaksana (N0.2) Pejabat Daerah dan Tanah Bera bil 1/2020 telah bersidang pada 26 November 2020 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun bagi membincangkan dan mengambil tindakan berkaitan hal-hal tatatertib kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera
21 Nov 2020
BERA, 21 NOVEMBER 2020 - Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera telah berlangsung pada 21 November 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Ibam, Daerah Bera.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020
19 Nov 2020
BERA, 18 NOVEMBER 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah berlangsung pada 18 November 2020 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 928 kali.
Kembali ke Atas