Latar Belakang

Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Jabatan / Pejabat

Daerah Bera adalah merupakan daerah yang kesebelas dalam Negeri Pahang dengan keluasan 2214 kilometer persegi dan terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Bera dan Mukim triang. Daerah Bera bersempadan dengan Negeri Sembilan, Johor serta Bentong, Temerloh, Maran dan Rompin. Tarikh 1.2.1992 merupakan tarikh penting bagi sistem pentadbiran Daerah Bera iaitu ia sebagai sebuah daerah yang baru ditubuhkan, yang dahulunya adalah sebahagian daripada Daerah Temerloh. Daerah Bera diwartakan melalui Warta Kerajaan Pahang No.1169 pada 29 November, 1991.

Pentadbiran Bera dan Tanah Bera mula ditubuhkan pada tahun 1992. Majlis Daerah Bera ditubuhkan pada 1 Januari 1998 di bawah akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171). Kerajaan Nageri telah di wartakan Daerah Bera pada 21.11.1991 dan dengan perwartaan tersebut unit pentadbiran Tanah Bera telah di pisahkan daripada pengurusan Pejabat Tanah Temerloh.

Perbendaharaan Malaysia melalui waran penjawat bil. 05/92 pada Ogos 1992 telah meluluskan penjawatan dan struktur baru organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Bera yang telah di peretujui oleh MMK pada 4 November 1992. Pada 16 November 1992 jawatan Pegawai Daerah telah di isi dengan perlantikan penjawatan KPPD (Tanah) Bera. Dengan perlantikan tersebut keseluruhan fungsi pentadbiran daerah telah di pindahkan daripada Pejabat Daerah Temerloh ke Pejabat Daerah Bera.

Pentadbiran Dearah dan Tanah Bera telah beroperasi sepenuhnya mulai tahun1993. Pejabat Daerah dan Tanah Bera mula ditubuhkan pada Tahun 1992 serentak dengan perlantikan Pegawai Daerah Bera yang pertama iaitu Tuan Che Moin bin Umar. Bidang kuasanya tertakluk kepada hal ehwal pentadbiran kawasan dalam Daerah Bera seluas 221, 444 hektar atau 2,214.44 km persegi. Terdapat dua mukim dan 20 Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), 8 JKKKB dan 8 JKKR telah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Tarikh Kemaskini: 23/12/2020 17:35:21

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2027 kali.


Kembali ke Atas